Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sahabat QQ

Sunday, May 27, 2012

Catatan Lavender La Nuna : Babah, My Forever Hero

Dulu waktu kecil-kecil, saya masih ingat, saya selalu buat request ala-ala princess kat abah dan mama. Dan selalunya, yang approvekan request saya tu, mestilah abah. Abah kan banyak duit. Kecik-kecik, manalah saya tahu susah cari duit. Saya tahu, apa yang saya nak, mesti dapat punya. So, sayalah pisau cukurnya.

Kalau setakat Tora dan Dendang tu, confirm dapat punyalah.

Kalau jajan ciput-ciput tu, lagilah dapat.

Pada suatu hari, tiba-tiba saya tersuka tengok orang main piano dalam satu siaran televisyen. Masa kejadian berlaku, saya baru berusia 5 tahun. Saya pun memulakan strategi membodek abah. Dan yeayy! Akhirnya saya berjaya. Beberapa hari kemudian, abah membawa balik sebiji piano comel, secomel princessnya.

But then, nak tahu tak apa yang berlaku?

Esoknya tiba-tiba ada satu lori bawa sebuah keyboard besar ke rumah saya. Piano besar gedabak macam yang saya nampak dalam rancangan televisyen tempoh hari. Owh, rupa-rupanya abahnya pun teringin nak main piano bila tengok princessnya main piano. Ini ‘like father like daughter’ ke ‘like daughter like father’?

Pernah suatu hari, saya ke rumah jiran. Waktu kejadian berlaku, saya berumur lingkungan lima tahun juga. Umur macam ni memang umur pisau cukur betullah! Saya bermain-main dengan anak jiran yang saya panggil Lia, sebaya dengan saya. Dalam biliknya, banyak sangat teddy bear yang comel-comel lagi besar dan sedap dipeluk. Otak saya dah merancang strategi baru.

Malam itu kebetulan abah dan mama membawa kami sekeluarga keluar berjalan-jalan keliling bandar. Memang menyenangkan kerja saya. Dalam kereta Nissan Sunny putih kesayangan abah lagi saya sudah mula berkias-kias nak beli teddy bear baru. Abah pun dah maklum sangat dengan taktik saya. Maka, Abah pun kata, teddy bear kat rumah kan dah banyak… Abah pun berkias-kias tak nak belikan teddy bear barulah tu!

“Alaa… Nak yang macam teddy bear Lia. Teddy bear dia besar-besar sangat. Best! Teddy bear kita kecik-kecik je.”

Hamboi lah, demand pulak princess abah ni.

Malam itu juga, abah carikan teddy bear besar untuk saya, sebiji macam Lia punya. Besar punya tau! Masih terjaga dengan elok lagi di rumah saya sampai sekarang.

Satu lagi kisah patung Barbie. 

Di kala usia saya mencecah 9 tahun, telah muncul di siaran televisyen paparan iklan yang menarik perhatian kanak-kanak ‘gegirl’ yang berangan-angan nak jadi princess macam saya ketika itu. Dan sudah tentu, keadaan ini juga mengancam hal ehwal ekonomi abah saya.

Barbie Doll…

Agak cekci-mekci la Barbie Doll ni. Ini Barbie Doll yang paling bongsu yang abah beli untuk kami – the 3 Amin’s princess. Kakak-kakak Barbie Doll yang berempat tu entah ke manalah merayaunya dalam stor rumah kami. Itu tak campur lagi Barbie Doll yang cetak rompak punya. 

Mahal tau, seekor Barbie Doll ni. RM49.90. Itu tak campur lagi kalau beli pakej yang siap ada furniture bagai tu. Pernah sekali abah beli siap dengan bathroom set. Hampir RM100 jugalah melayang terbang. 

Tapi, ada abah kisah? Abah tak pernah kisah. Walaupun abah tegas dan nampak macam garang orangnya, tapi untuk menghampakan permintaan 3 tuan puteri beliau, abah tak pernah sampai hati. Abah tunaikan apa saja permintaan kami, selagi abah mampu.
Tapi lagi, itu semua hanya akan abah tunaikan bila abah tengah kaya-raya je. Kalau poket abah tengah sempit, maka tak perlulah nak mengharap sangat. Kesian abah. Anak-anak dia ni la haiii…!

. . .

1 Permintaan

Sejak saya aqil baligh dan mula memahami betapa sukarnya orang tua mencari rezeki, saya berhenti membuat permintaan yang bukan-bukan dari abah, mahupun mak. Oops, minta ngan mak confirm belum tentu dapat. Sebabnya, mak ibarat Presiden Bank Negara yang mengawal aliran masuk dan keluar mata wang. Oops lagi! Jangan ingat mak queen control ye. Mak cuma bertindak sedemikian supaya kami sekeluarga tak boros. >_<

Sambung balik. 

Sehinggalah tiba satu hari, setelah lama saya tidak membuat permintaan yang bukan-bukan, hari itu saya membuat permintaan paling besar dalam hidup saya. 

Permintaan yang bukan main-main.

Ini soal masa hadapan saya.

Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah : Jordan.

Dan seperti biasa, abah itu tetap abah. Abah tersenyum gembira dan saya tahu senyuman abah itu tandanya abah merestui pemergian saya. Walaupun abah tahu, abah akan terpaksa berkorban harta dan segalanya untuk anak bertuahnya ini.

. . .

18 Mei 2012. Genap usia abah 54 tahun. Dah 25 tahun juga abah jadi abah saya dan abah kami semua – The Amins’.

Terima kasih abah. I’m proud to be your daughter.

Monday, May 21, 2012

Catatan Lavender La Nuna : Hidupku, Guruku Sepanjang Hayat (II)

Sabar itu Full of Beauty (Episod 2) 

17 April 2012, Khamis

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya keluar awal, 45 minit sebelum jam 11 pagi. Tak mahu rasa tercungap-cungap bila sampai lambat. Sekurang-kurangnya, bila saya sampai awal, saya dapat rehat-rehat sebentar, tenangkan fikiran, betulkan pernafasan sebelum saya menghadap muka kertas soalan peperiksaan yang mengerikan!

Saya tak tahu apa yang saya baca. Saya tak tahu apa yang saya tahu. Adalah sangat mustahil bagi saya untuk cover 5 tajuk besar dalam masa 24 jam. Satu risiko yang tinggi sebenarnya untuk bersetuju dengan cadangan (yang berbentuk fiil amar) Dr Abdullah Robabaah untuk mengambil imtihan Dirosah Nasiah pada hari ini. Apakan daya, saya tiada pilihan. Dan kalau ada pun pilihan, semuanya ada risiko tersendiri. Dan memilih untuk imtihan hari ini merupakan satu pilihan yang berisiko minimum (Walaupun risiko tinggi juga sebenarnya. Haih, pening!). Maka, saya pun baca apa yang saya suka, tajuk terakhir, iaitu tajuk yang belum pernah masuk dalam dua imtihan sebelum ini.

Saya mula merasakan ketepuan otak. Baca apa pun tak lekat dah. Tak tahu apa yang harus dibaca lagi! >_<

10 minit lagi pukul 11 pagi. Saya keluar dari Dewan Tilawah wa Hifz Thobiq Thalith, tempat saya melepak sejak sampai di Kuliyah Syariah ini, kira-kira 20 minit lalu.
Menuju ke maktab Dr Ali Umari, dari jauh lagi kelihatan susuk tubuh yang saya kenali. Siti Hawa!

Siti Hawa, satu-satunya sahabat yang berkongsi masalah yang sama – 3 imtihan dalam sehari, hari yang sama dan memilih untuk ‘mengalihkan’ imtihan Dirosah Nasiah ke hari yang lain. Iaitu hari ini. 

Kami sama-sama menunggu detik 11 pagi. Belum pun tepat 11 pagi, tiba-tiba terlihat susuk tubuh kecil molek Dr Ali Umari membuka pintu maktabnya. Sejenak kami berdua berpandangan. Tanpa membuang masa kami terus menyerbu Dr Ali Umari, bimbang beliau lupa akan temu janji kami pada hari ini.

Dr Ali Umari yang pada mulanya  macam blur tiba-tiba tersenyum sebaik kami mengingatkan beliau tentang imtihan yang sepatutnya berlangsung pada waktu itu. Terukir wajah lembut seorang atok. >_< (chewah!)

Apa jawapan beliau?

“Kamu berdua akan imtihan pada hari Rabu, 23 April 2012 di maktabah saya. Jam 10 pagi, kuwayyis?”

Ya Allah, rasa macam nak pengsan pula.

“Kuwayyis duktur. Jazakallahu khayran katheeran. Wallahu yu’tika al-afiah.”

Saya dan Siti Hawa sama-sama berpandangan lagi. Serentak lidah kami melafazkan syukur. Alhamdulillah! Ya Allah, tak dapat nak digambarkan betapa bersyukurnya saya saat itu kerana dipanjangkan lagi tempoh untuk membuat isti’dad. Terbayang-bayang lagi senyuman seorang atok – Dr Ali Umari. Kalau tak kerana Dr Ali Umari itu seorang ajnabi, dah lama saya cium tangan beliau kerana saya sangat menghormati beliau, macam atok saya sendiri – walaupun tak pernah rasa kasih sayang seorang atok. Inikah hadiah berhikmah yang Allah nak bagi setelah berjuang habis-habisan semalam?

Di luar jangkaan saya, akhirnya tarikh asal yang saya pilih – Rabu, 23 Mei 2012 – menjadi tarikh muktamad untuk saya dan Siti Hawa menduduki peperiksaan akhir Dirosah Nasiah. Allah telah menyelamatkan kami dari diazab oleh soalan-soalan peperiksaan yang mungkin kami tak mampu menjawabnya kerana kekurangan persediaan!

What a miracle day. Perancangan Allah itu sungguh cantik. Akal manusia tak mampu mencapainya. Saat ini, tiada perkataan lain seindah – Alhamdulillah, Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah!

 ما شاء الله كان, و ما لم يشاء لم يكن.

~Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, apa yang tidak dikehendakiNya pasti takkan terjadi.

Kadang-kadang kita rasa perancangan kita paling teliti.
Bila segalanya tidak berjalan seperti apa yang kita inginkan,
rasa terkilan mula menguasai diri.
dan mula memujuk hati untuk menerima hakikat,
Allah tahu apa yang terbaik buatmu wahai diri.

Rupa-rupanya,
Allah ingin kita lihat,
Betapa perancanganNya sangat teliti,
Sesempurna dzatnya yang Maha Sempurna.

Kerana Allah sudah janjikan,
Setelah kita lalui marhalah susah, sulit lagi payah itu,
Allah janjikan kemudahan bagi hambaNya.

Asal saja kita berusaha dan bertawakal.
Kerana tiada tawakal tanpa usaha,
Melainkan usaha yang mendahului tawakal itu.

:: حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم ::

"Cukuplah Allah bagiku, Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, Dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung."
 
[9:129]

Dari kalam hati seorang Amalina Amin.

p/s : Amalina tak payah nak syok sangatlah. Bila Dr Ali Umari bagi peluang, grab it! Mesti buat yang terbaik kali ini! Ingat nazarmu!

Catatan Lavender La Nuna : Hidupku, Guruku Sepanjang Hayat

16 dan 17 April 2012. Dua hari ini, sebuah perjalanan hidup yang penuh miracle.
Kenapa?
.
.
.

Sabar itu Full of Beauty (Episod 1) 

16 April 2012, Rabu

Hari ini, cuacanya panas. Owh, minta maaf. Ini bukan siaran ramalan cuaca Irbid. Cuma ceritanya, cuaca Irbid panas dan langit sangat cerah, sesuai dengan musim panasnya. Tapi dalam hati saya kelam, sekelam langit dalam gambar ini.

Oklah, ceritanya bermula begini…

.

Pagi itu saya bersiap awal. Selepas menyiapkan sarapan untuk ahli beyt Raudhatul Haneen, saya segera bersiap. Target saya, mesti sampai ke Kuliah Syariah sebelum atau pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, dalam pukul 9.20 lebih sikit saya sudah terpacak di hadapan maktab (pejabat) Dr Ali Umari. Betapa ekspressnya saya sepantas kelajuan cahaya, kerana didorong perasaaan debar yang tiada hentinya.

1 minit.

3 minit.

5 minit.

Dan akhirnya 10 minit berlalu.

Waktu yang terpapar di skrin Nokia E63 saya melewati jam 9.30 pagi. Tapi bayang Dr Ali Umari tak sekilas pun terlintas di hadapan mata saya. 

Sabar menanti.

Saya merayau-rayau tanpa tujuan di sekitar Thobiq Thalith, Qisim Fiqh wa Usuluhu dengan harapan setidak-tidaknya akan bertembung dengan Dr Ali Umari. Siswa siswi Arab tak Arab yang berkeliaran di sekeliling tidak langsung saya endahkan. Kerana matlamat saya adalah…

Dr Ali Umari!!

Saya sudah nampak beliau! Dari belakang pun saya dah cam, susuk tubuh kecil lelaki berjubah kelabu dan berserban putih lepas itu adalah Dr Ali Muhammad Umari. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Sudah melepasi satu marhalah penantian.
Saya menurutinya dari belakang, dengan jarak kira-kira 3 meter – siap kira jarak lagi! Dr Ali Umari berjalan memasuki maktab Rois Qisim (Dekan Fakulti) Syariah, Dr Abdullah Robabaah. 

Intai punya intai…

Dr Ali Umari sedang duduk berborak-borak dengan Dr Abdullah Robabaah. Berkira-kira sama ada nak masuk campur atau tunggu sampai kedua-duanya selesai berbual. Kalau terus masuk, rasa macam kurang beradab. Maka, saya pun mengambil keputusan untuk menunggu sahaja Dr Ali Umari di luar maktab Dr Abdullah Robaba’ah.
Dan tunggu punya tunggu…
Hampir setengah jam. Saya sudah merayau sampai ke hadapan dewan tilawah dan hifz kerana hampir putus asa menunggu. Nampak bayang Dr Ali Umari keluar dari maktabah Dr Abdullah Robabaah. Alhamdulillah, tarik nafas lega. Sekilas terpandang Dr Ali Umari memandang saya. Eheh, adakah beliau sudah cam satu-satunya anak murid Malizi dari muhadharah Dirosah Nasiah yang selalu berjumpa beliau untuk menagih simpati?

Ujian pertama

“Assalamualaikum duktur…”

Salam bersambut. Kami beriringan menuju ke maktab beliau. Saya ceritakan masalah yang saya hadapi. Thalath imtihanat fi nafsil youm. Tiga paper killer subject untuk satu hari, Selasa (22 Mei 2012). Nizom al-Hukm, Dirosah Nasiah dan Mafahim Asasiah fi Tarbiyah. Berderet-deret lagi. Gap setengah jam untuk setiap subjek. 

Maka, saya dengan rendah hati dan muka temboknya pun memohon agar subjek Dirosah Nasiah yang waktu imtihannya berada di antara imtihan Nizom al-Hukm dan Mafahim Asasiah fi Tarbiyah agar ditaajilkan ke hari Rabu, 23 Mei 2012. Owh, tiga exam berderet dalam satu hari itu satu azaabun aliim bagi seorang budak Malizi tahun dua, nak nak yang ‘sangat cepat pick-up’ macam saya.

“Ma besir.” Tak boleh, begitu putus Dr Ali Umari. Dalam lembut-lembut pensyarah ni, tegas juga orangnya. Sambung beliau lagi, kalau nak taajil, ambil balik madah Dirosah Nasiah ini fasal awal akan datang. Aduhai, itu lagi parah dan kerja kurang siuman. Tak sanggup rasanya nak ulang balik subjek ini pada semester akan datang.

Saya cuba lagi merayu, tapi kali ini Dr Ali Umari yang saya anggap macam atok saya ini dah tak nak bagi muka lagi dengan saya. Saya ni mengada-ngada sangat ke? (sedih, down, futur pula rasanya saat ini).

Dengan berat hati dan pasrah, selepas mengucapkan terima kasih, maka saya pun melangkah meninggalkan maktab Dr Ali Umari. Terasa masa hadapan yang gelap. Tapi otak masih berfikir plan B. Ok, nasib baiklah otak masih mampu berfikir.

Plan B

Maka, plan B nya adalah…

Kali ini saya akan menebalkan muka menghadap Dr Ahmad Ridhwan, pensyarah Mafahim Asasiah fi Tarbiyah di Kuliyah Tarbiyah. Ok, Alhamdulillah, walaupun Dr Ahmad Ridhwan tak setuju dengan keputusan saya untuk taajil imtihan subjek beliau tapi bersetuju untuk awalkan ke hari Isnin (21 Mei 2012). Itu pun saya sudah cukup bersyukur asalkan bukan 3 subjek imtihan dalam sehari.

Tapi bukan semudah itu…

Prosedurnya, saya perlu berjumpa dengan Rois Qisim Fiqh Wa Usuluhu, Dr Abdullah Robabaah untuk memohon surat tuqaddim imtihan. Dan baru sahaja mahu mengetuk pintu maktab Dr Abdullah Robabaah, saya terpandang Dr Zakaria Syatnawi di dalam, berbual bersama Dr Abdullah Robabaah. Ok, postpone lagi. Tunggu sampai Dr Zakaria Syatnawi keluar. Tapi tak keluar-keluar.

Dewan 304 di hadapan mata. Berhadapan juga dengan maktab Dr Abdullah Robabaah. Di situ saya melepaskan lelah selepas dari tadi keliling jamiah, panjat turun kuliah demi memperjuangkan hak mendapatkan waktu imtihan. Tak semena-mena saya termenangis. Haishh, ni apa hal pula boleh tertouching ni? Baru berjuang sikit dah nak menangis ke? Haduyai lah. Luckily saya seorang. Tak payahlah nak cover malu. Betul kata Pak Mat satu masa dahulu: orang perempuan ni sikit-sikit menangis, sikit-sikit menangis. Akulah tu!
Dah tenang sikit, saya seluk beg sandang. Ambil Quran biru. Ulang semuka ayat hafazan juzuk tiga. Ok, emosi dah stabil. Tengok jam, dah hampir pukul 11 pagi. Hampir setengah jam juga saya melayan emosi yang tak menentu ni.

Keluar lagi dan intai maktab Dr Abdullah Robabaah. Hari ini memang kerja saya mengintai sajalah. Kelibat dan suara Dr Zakaria Syatnawi sudah tidak kedengaran lagi. Saya pun memberanikan diri memberi salam dan mengetuk pintu maktab itu. Satu suara garau milik Dr Abdullah Robabaah yang pernah mengajar saya subjek Furoq Zawaj fil Fiqh wal Qanun mempersilakan saya masuk.

Saya pun ulang balik skrip yang sama. Asalnya nak mohon surat awalkan imtihan Mafahim Asasiyah fi Tarbiyah tapi sekarang lain pula jadinya.

Selepas Dr Abdullah Robabaah mengetahui bahawa dua subjek syariah saya bertembung pada hari yang sama (Nizom al-Hukm dan Dirosah Nasiah), maka beliau pun menghubungi Dr Ali Umari. Tak terdaya saya nak menahannya. Segalanya berlaku begitu pantas. (chewah). Allah saja yang tahu betapa bercampur-baurnya perasaan saya ketika itu. Risau pula kalau-kalau Dr Ali Umari menyangka saya ni mengada-ngada sehinggakan terpaksa jumpa Dekan Fakulti. Adusss la.. Kacau sungguh.

‘Be cool, Nuna. Allah tahu apa niatmu.’

Ya, hanya Allah tahu apa niat Amalina. Bukan niat saya nak tukar waktu imtihan Dirosah Nasiah. Bukan niat saya nak mengada-ngada pun kan? Saya cuma nak mohon tukar waktu imtihan Mafahim Asasiah fi Tarbiyah. :,(

“Esok awak imtihan Dirosah Nasiah di Dewan 304, pukul 11. Masyi?”

Saya cuma mengiyakan dan mengucapkan terima kasih. Owh, akhirnya. Semuanya berlaku di luar jangkaan. Awalnya memang nak tukar waktu imtihan Dirosah Nasiah ke hari Rabu minggu hadapan, tapi Dr Ali Umari tak setuju. Pindah ke Plan B, nak tukar waktu Mafahim Asasiah fi Tarbiyah tapi akhirnya Dr Abdullah Robabaah sendiri yang tukarkan waktu imtihan Dirosah Nasiah ke hari esok. Esok pula tu! Entah sempat atau tidak nak cover semua tajuk malam ni.

Terpaksa pula berulang lagi ke Kuliyah Tarbiyah untuk memaklumkan kepada Dr Ahmad Ridwan, bahawasanya saya tak jadi nak tukar waktu imtihan Mafahim Asasiyah fi Tarbiyah. Ada hikmah sebenarnya waktu imtihan Mafahim Asasiyah fi Tarbiyah tak ditukar. Kalau diluluskan, terpaksa pula saya memaklumkan penukaran waktu imtihan kepada semua siswa siswi Malizi yang bersama saya mengambil madah tersebut. Kalau seorang dua tak apalah juga, ni lebih dari 20 orang siswa siswi Malizi dan saya pun tak kenal kesemuanya. Settle satu masalah.

Hari ini Hari Guru!

Oh, ya. Hari ini Hari Guru dan saya tak berkesempatan langsung untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru-guru saya. Asalnya saya merancang nak buat video lagu nasyid sempena Hari Guru, Firdaus : Kini Aku Kernamu, tapi tak sempat kerana kekangan masa dan kerja.

Hari ini ‘hari’ itu sendiri yang menjadi guru saya. Hari yang penuh pengalaman. Pengalaman yang menggerakkan minda saya berfikir, menjadi guru yang mentarbiyah jiwa saya. Tarbuyah jiwa agar bersyukur. Tak semua yang kita inginkan akan berlaku sesempurna yang kita rancangkan. 

Tipulah kalau saya kata saya tak terkilan. Sekurang-kurangnya, pasti terselit sedikit rasa sedih kerana saya cuma insan biasa. Tapi kerana kita ada Allah, maka kita didik hati untuk redha. Terima hakikat. Apa yang berlaku hari ini, semuanya dalam perancangan Allah. Hari ini mungkin hikmahnya belum nampak. Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan buat kita semua. – pujuk hati.

*Hari Complicated Sedunia*

Barangsiapa yang membaca post ini pasti akan berasa penat jua sepenat insan yang menaipnya.

Tuesday, May 15, 2012

Catatan Lavender La Nuna : The 50 cents & the Banana Balls

Subuh itu, mak kejutkan saya macam biasa. Macam biasa juga, saya akan bangun lambat-lambat, layan mata yang masih kelat. Usai solat, mak panggil lagi, supaya mandi cepat. Dan seperti biasa, dengan langkah yang lambat-lambat, menuju ke bilik air. Letak baldi di hadapan pintu, tunggu mak curahkan air panas dalam baldi.

Uniform sekolah, mak dah siap sterika. Tinggal nak sarung. Mak panggil lagi, sarapan cepat, nanti lambat.

Duduk di meja makan.

Cekodok pisang dan air milo panas masih berasap-asap nipis, menanti untuk disantap.
‘Cekodok pisang je?’ terdetik dalam hati. Muka dah kelat, tapi makan juga.
‘Boringnya cekodok pisang.’ Pun cakap dalam hati juga. Tak berani nak cakap luar hati, takut mak dengar, maka mak akan membebel. Hai la, menyampahnya tengok cekodok pisang yang ‘ireng’ ni. Kalaulah dapat ‘blink’ sekali cekodok pisang ni jadi burger Mc’D alangkah indahnya dunia ni.

“50 sen ni kalau tak ada beli apa-apa, nak buat apa?” soal mak sebaik menghulurkan sekeping 50 sen kepada saya.

Hari itu bukan hari persekolahan biasa. Jika sebelah petangnya ada kelas KAFA di sekolah, mak akan bagi duit RM1, untuk beli nasi lemak yang berharga 50 sen kerana saya akan stay di sekolah sepanjang tengah hari sebelum kelas KAFA bermula.

“Simpan dalam tabung.”

“Bagus, anak mak.”

’50 sen je?’ hati merungut lagi. Hurmmm…

. . .

Nilai Kasih Pada Sebiji Cekodok

Jam 9.45 pagi. Loceng berdering nyaring tanda waktu yang dinanti tiba – rehat. Suasana sekolah rendah itu mula riuh dengan murid-murid yang berduyun-duyun keluar dari kelas, menuju ke kantin atau mencari ‘port’ yang sesuai untuk memakan bekalan yang dibawa dari rumah.

Seperti biasa, adik saya, Amirah [darjah 1 ketika itu] akan naik ke bilik darjah saya dan kami akan memakan bekal bersama-sama. Cekodok pisang. Air mineral. Bilik darjah kurang sedikit riuhnya, masing-masing enjoy di luar kelas.

Sedang kami bersama-sama menikmati keempukan cekodok pisang mak, tiba-tiba mata saya terpandang seorang sahabat yang dikenali dengan nama Fifi [bukan nama sebenar], duduk sendirian. Saya ajak beliau makan bersama kami. Mula-mula, macam jual mahal, tapi akhirnya beliau menyertai kenduri cekodok pisang kami.

“Mak awak tak masak bekal untuk awak ke, Fifi?” dengan rasa tak bersalah, tiba-tiba ‘mulut lepas’ saya bertanya.

“Mak saya tak bangun lagi masa saya pergi sekolah.” Dia pun tak segan cakap mak dia tak bangun lagi.

Owhhh…

Termenung dan terfikir.

. . .

Semuda usia 11 tahun itu membuatkan saya terfikir, ada orang lain yang lebih susah dari saya. Selalu saya merasakan saya boring sangat dengan makhluk bernama cekodok kalau mak bekalkan cekodok pisang sebagai bekalan ke sekolah. Saya selalu berangan-angan mak bagi duit lebih-lebih sikit supaya saya boleh beli apa saja makanan yang saya mahu di kantin.

Tapi selepas peristiwa itu, saya bersyukur sangat. Bersyukur sebab mak tak pernah lalai dari tanggungjawabnya. Bersyukur sebab mak tak pernah membiarkan anak-anak dan abah kami kelaparan di pagi hari, walaupun hanya dengan sarapan cekodok pisang. Mak sakit macam mana pun, mak tetap akan bangun sediakan keperluan untuk kami sebelum kami pergi sekolah dan abah pergi bekerja.

Dan kisah 50 sen itu…

Saya tak pernah bermewah-mewah membeli jajan yang saya sukai melebihi harga 50 sen. Paling-paling pun, beli gula-gula 10 sen 2 biji. Selebihnya, mak kata – simpan dalam tabung.

Mak tak pernah ajar anaknya bermewah, walaupun mak mampu untuk memewahkan anaknya.

Mak sudah rasai peritnya jadi orang susah, jadi mak mahu kami menghargai setiap sen yang mak bagi.

Mak mahu anak-anak mak merasai air tangan kasihnya, selagi mana mak mampu memasak untuk anak-anaknya. 

Mak sudah buktikan! 

Saya hidup dengan air tangan mak, bekal yang mak masak – dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah.

. . .

Kisah itu mungkin sudah 15 tahun berlalu. Cekodok itu mungkin saya pandang sebelah mata saja jika saya berada di Malaysia.

Tapi di rantau ini, seriously, saya rindu cekodok. Nasib baik kat sini ada pisang, maka bolehlah buat cekodok a.k.a banana balls untuk hilangkan rasa rindu dengan cekodok pisang mak yang sebelah mata pun saya menyampah nak pandang dulu.

Itu lah, siapa suruh sombong-sombong sangat dengan cekodok?

 p/s : Mama, terima kasih atas segalanya. Selamat Hari-hari menjadi Ibu.

Jom Imarahkan Masjid!

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

:::MyGuestBook:::

::: TaLk to mE :::

ShoutMix chat widget

Sample text

Soothing ^_^

::: Hot|Vid :::

Loading...

MyTopViewers